Isnin, 20 Februari 2012

go genting go!

hari tu (18 februari 2012), kami telah bergegas seawal pagi ke go genting go untuk menikmati udara segar disamping bermain mainan ngeri sebarang dua sebagai bekalan dunia..dunia sahaja..akhirat tidak membantu sama sekali.

oleh kerana cuaca sangat elok..(mendung sebenarnya)..kami kenalah beli tiket secara pukal iaitu allpark (rm66)..nak muntah bayar! hal ini berikutan hujan renyai yang menghalang kami untuk bermain dengan cergas di outdoor park, jadi kami beli indoor juga supaya kami tidak bosan menunggu cuaca kembali cergas seperti kami. 

boleh juga diibaratkan sebagai sudah tersadung terpijak busuk, semangat sangat mengambil gambar sepanjang perjalanan jadi gambar semasa bermain xdapat ditangkap berikutan bateri kamera yang dah habis dan bernyawa-nyawa ikan. Buduh untuk diri sendiri!!
tabah che'na..tabah!!

berikut gambar yang sempat diketip..silalah tengok dengan senyuman..jangan bising! gambar gegar nanti..huh!

bella, cikgu nur, amal




tiom dia!!

sibuk la amal ni..baru nak belakon2 salam --"


kami di London (buat muka belagak)



rumah hantu!


monyet dengan aku dah sama kembang aku tengok


ok habis.
pembaca: la...mana mainan..xde pon?
penulis   : kan da kata tadi bateri habis sebelum main??tinge tu xdengar ke??? (kembali emosi)

p/s: jam 6 ptg kami sudah berkemas pulang, hujan semakin deras, kami tidak sehebat beruang untuk menahan sejuk selama berjam-jam lamanya..jadi ayuh!

Khamis, 26 Januari 2012

K.A.M.I

teman yang baik adalah teman yang sentiasa di sisi dikala susah dan senang..oh itu ayat biasa..
bagi saya
"teman yang baik adalah teman yang tahu menjaga hati temannya yang lain walaupun berada jauh dari kita"


lihat betapa sayangnya saya pada dia <3



jangan ingat kami xpernah bergaduh. ok jangan ingat macam tu. dulu masa zaman persekolahan kami memang selalu bergaduh..ada je sebab nak bergaduh..at last siapa yang buat pasal dia kenalah belikan coklat untuk memujuk..heppp...bukan cokelat je tau, siap surat lagi (kertas a4 yang dilipat seperti lepat)

apa yang korang tulis??

apa ek?? tulis macam ni kot.. "dah baca jerit tau, ajak panggil makan sekali"

oh..so sweet~

sekarang dah xbuat..masing2 dah matang..nak bergaduh pun dah xada masa..
rindu zaman dulu2..

saya percaya semua orang ada kawan karib mereka sendiri..xkiralah bagaimana rupa dan sikapnya..tapi bila dia xde rasa sunyi bukan??
bagi kami..xsemestinya berkawan karib kami perlu sentiasa berkepit macam belangkas..eh xla..kami xmacam tu pun..kami akan luangkan masa bersama bila ada masa terluang yang xdapat nak dipenuhi dengan perkara2 yang lebih menarik..biasa kami akan mengaji dan berdakwah bersama (achum!)

minat kami xsama..kami selalu bertelingkah dengan warna kegemaran dan jenis pakaian yang kami idamkan
..apa yang sama adalah semangat membeli-belah yang gigih..


ok cukup.
entry ni saya corat-coret khas untuknya sempena ulang tahun kelahiran dia yang ke 21..kami sama2 mendewasa dengan comel..hek2


(big love)

nah ambil la hadiah saya yang xseberapa nie :))

mana ekor sotong??

makcik saya kata sotong ada ekor..mana?
yang berbelit tu ekor ke?

yang bersayap belakang tu dipanggil apa?telinga?
kenapa saya nak kena fikir semua ni??
damn!!!